Posts

Lawatan ke Balai Bomba

Image
Pada 30 April 2018, pihak TADIKA Manjaku Sayang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Daerah Kuala Kangsar, Perak. Seramai 39 orang murid-murid telah menyertai lawatan ke Balai Bomba ini serta diiringi oleh empat orang guru/staff TADIKA Manjaku Sayang. Kami telah memulakan perjalanan ke Balai Bomba pada pukul 8.45 am. Perjalanan kami ke Balai Bomba hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Setelah sampai di Balai Bomba, kami telah disambut oleh beberapa orang pengawai. Aktiviti dimulakan dengan mendengar taklimat daripada pengawai bomba iaitu Encik Hamdi. Kemudian, pengawai bomba telah menunjukkan cara-cara yang betul bagi menyelamatkan diri semasa berapa di dalam rumah/bangunan yang mengalami kebakaran. Aktiviti kami di balai bomba agak terhad kerana cuaca pada ketika itu hujan akan tetapi, murid-murid sangat gembira kerana dapat menjejakkan kaki ke balai bomba dan merasai sendiri pengalaman semasa berapa di balai bomba. Oleh itu, kami daripa...

SESI P&P

Image
TADIKA Manjaku Sayang mempunyai 3 kelas yang berbeza mengikut peringkat umur murid-murid iaitu daripada umur 4 hingga 6 tahun. Guru-guru di TADIKA Manjaku Sayang juga mempunyai DIPLOMA dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kelas 4 tahun mempunyai bilangan murid-murid seramai 4 orang yang dibimbing oleh Cikgu Atikah. Kelas 4 tahun mempunyai 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Seni Visual.  Bagi kelas 5 tahun pula dibimbing oleh Cikgu Idayu. Bilangan murid-murid ialah seramai 15 orang. Kelas 5 tahun juga mempunyai 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Jawi. Kelas 6 tahun pula mempunyai murid-murid seramai 23 orang. Kelas 6 tahun dibimbing oleh Cikgu Izzu. 6 tahun mempunyai 6 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Arab, Sains dan Jawi.

Praktikum solat fardhu

Image
Pada setiap hari Jumaat, aktiviti wajib yang dijalankan di TADIKA Manjaku Sayang ialah melakukan praktikum solat fardhu. Guru-guru akan membimbing murid-murid dalam bacaan ayat dan surah dalam solat, pergerakkan solat atau kedudukan solat dengan mengikut tata tertib solat yang betul.

AKTIVITI RIADAH

Image
Pada setiap hari Jumaat, guru-guru akan melakukan aktiviti riadah bersama murid-murid TADIKA Manjaku Sayang. Aktiviti ini dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan perkembangan lokomotor mereka. Aktiviti riadah ini akan bertukar-tukar aktiviti pada setiap minggu. Oleh itu, murid-murid tidak akan merasa bosan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat meningkatkan minat murid-murid serta memberikan semangat kepada murid-murid untuk hadir ke TADIKA.

AKTIVITI HARI JUMAAT

Image
Pada setiap hari Jumaat, guru-guru akan melakukan aktiviti bebas bersama murid-murid. Dengan adanya aktiviti bebas ini, ia dapat menarik minat untuk hadir ke sekolah tanpa rasa bosan. Pelbagai aktiviti yang akan dilakukan oleh guru-guru dan murid-murid pada setiap hari jumaat, seperti membuat origami kucing, membuat sandwich, menanam pokok kacang hijau dan sebagainya.

MAJLIS HARI LAHIR BULAN 1-3

Image
Pada 30 Mac 2018 iaitu hari Jumaat, pihak TADIKA Manjaku Sayang telah melangsungkan majlis hari lahir bagi para pelajar, guru atau staff TADIKA yang lahir pada bulan 1 hingga bulan 3.  Pihak TADIKA akan mengadakan majlis hari lahir beramai-ramai pada setiap 3 bulan sekali. Pelbagai juadah yang telah disediakan oleh pihak TADIKA dan para ibu bapa.  Majlis seperti ini bertujuan untuk menggeratkan lagi hubungan silaturahim antara para ibubapa, para guru/staff dan para pelajar. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dengan adanya kerjasama daripada pihak ibupada dan staff TADIKA Manjaku Sayang. Pada majlis hari lahir yang pertama tahun 2018 ini, pihak TADIKA telah meraikan hari lahir 11 orang pelajar dan seorang guru. Oleh itu, pihak TADIKA mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT SEMUA.

SUKAN TAHUNAN TADIKA MANJAKU SAYANG KUALA KANGSAR

Image
Pada 17.3.2018, TADIKA Manjaku Sayang telah mengadakan acara sukan tahunan yang telah melibatkan semua pelajar dari TADIKA Manjaku Sayang, ibubapa para pelajar, ahli keluarga serta masyarakat setempat. Acara sukan ini telah berlangsung dengan jayanya. Pada acara sukan tahunan ini, pihak TADIKA telah menjalankan empat aktiviti untuk para pelajara TADIKA Manjaku sayang, serta beberapa aktiviti yang melibatkan ibubapa dan masyarakat setempat. Antara acara yang dijalankan ialah, acara perbarisan yang melibatkan semua pelajar TADIKA Manjaku Sayang, Larian berhalangan yang melibatkan semua murid (4,5 & 6 tahun), Mengasingkan belon (4 & 5 tahun) , Larian lipan (6 tahun).