SESI P&P
TADIKA Manjaku Sayang mempunyai 3 kelas yang berbeza mengikut peringkat umur murid-murid iaitu daripada umur 4 hingga 6 tahun. Guru-guru di TADIKA Manjaku Sayang juga mempunyai DIPLOMA dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Kelas 4 tahun mempunyai bilangan murid-murid seramai 4 orang yang dibimbing oleh Cikgu Atikah. Kelas 4 tahun mempunyai 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Seni Visual.
Bagi kelas 5 tahun pula dibimbing oleh Cikgu Idayu. Bilangan murid-murid ialah seramai 15 orang. Kelas 5 tahun juga mempunyai 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Jawi.
Kelas 6 tahun pula mempunyai murid-murid seramai 23 orang. Kelas 6 tahun dibimbing oleh Cikgu Izzu. 6 tahun mempunyai 6 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Arab, Sains dan Jawi.
Comments
Post a Comment